Monday, February 14, 2022

MANTERA HITAM & RAUNGAN MANTERA - ALAF21



 

             2009                                   2011

Antara dua karya saya yang terbit bawah Alaf21, sebelum itu saya tidak pernah bercita-cita untuk terbit di bawah label ini disebabkan banyak faktor. Tapi dengan izin Allah, dua tajuk ini berjaya terbit bawah sayap Alaf21. 

Merupakan satu kenangan manis yang melekat di ingatan. Pertama, nama Serunai Faqir mula dikenali luar dari bidang penulisan sastera yang saya geluti sebelum ini. Kedua, zaman itu Facebook belum popular, jadi emel sebagai wadah untuk pembaca menghubungi penulis. Dan ketika itu jugalah saya belajar untuk memperbaiki tulisan saya kerana ada antara emel tersebut menghentam 'kaw-kaw' tulisan saya ini.

Kemudian saya sibuk dengan dunia tanjak pada 2012, langsung saya tinggalkan dunia penulisan, termasuklah terkena penyakit yang paling ditakuti oleh penulis, yakni writer's block. Yup, hampir enam (6) tahun tak menulis atau menghasilkan sebarang karya hinggalah pada lewat 2017, menghasilkan novel berjudul Rockers (sebenarnya adalah tulisan lama yang saya sambung sebelum munculnya siri filem berkenaan mat-mat rock) dan terbit pada 2018, di bawah label Tebuone Press.

Dalam pada itu, sahabat-sahabat pembaca sering bertanya (bila sudah ada Facebook) secara langsung di petak komen, bilakan akan ada sambungannya? Lama saya mengelak (bertahun-tahun sebenarnya) untuk tidak menjawab pertanyaan tersebut kerana momentum untuk menyambung semula karya sudah tiada. Ada pula yang pm bertanyakan sambungan. Saya tiada jawapan, hinggalah masuk penghujung tahun 2021, saya 'bernafsu' semula untuk menyambung episod atau sambungan yang ketiga (harapan saya yang terakhir / penutup siri ini). 

Sebetulnya, saya sudah ada sinopsis dan beberapa bab awal sudahpun saya tulis lama sebelum 2012 tapi terbiar begitu saja. Awal 2022 ini saya menyusun semula bab-bab yang sudah ditulis dan menyiapkan sinopsis dan terus menyambung siri ini. 

Cuma saya menunggu tamatnya hak penerbitan Alaf saja, yakni 2024 dan 2026. Yup, lama sungguh ... cuba kira sendiri berapa lama tempoh hak penerbitan yang dipegang oleh penerbit. Seyogia dengan itu, apabila tertubuhnya Menara Seni, saya memang bercadang untuk menerbitkan semula siri pertama, kedua dan Insya-Allah, sambungan ke-3 dengan Menara Seni saja. 

Menara Seni? Yup, syarikat penerbitan yang saya tubuhkan pada 2018 kerana mahu menerbitkan karya saya sahaja, tetapi akhirnya mengajak rakan-rakan penulis saya menyertai (nanti saya ceritakan hal ini) kerana terasa bosan pula tiada rakan seperjuangan dan disamping mahu membantu mereka.

Jadi, kepada mana-mana pembaca yang mengikuti siri ini dan terjumpa tulisan saya ini, mohon doakan saya agar tekal untuk menyiapkan siri ke-3 ini dan berjaya diterbitkan. Walaupun saya sudah tidak menggunakan nama pena Serunai Faqir (kini menggunakan nama pena Mitch), tetapi tetap orang yang sama dan Alhamdulillah, dapat meneruskan penulisan hingga kini. Dan beberapa tajuk sudahpun terbit di bawah Menara Seni. (page FB kami, tekan di sini) Boleh lihat nombor wasap untuk dihubungi di situ sekiranya berminat untuk membeli karya-karya saya. Boleh juga di Shopee Menara Seni untuk membuat pembelian. (klik sini)

Antaranya adalah :-

1) Catatan Seorang Penulis dan Editor (CSPE), (2018), kini dalam proses cetakan ketiga Insya-Allah.
2) Memoir Kampung Boy (novel,  Januari 2021) 
3) Ostad Power Metal (novel, penghujung 2021) tiada stok, sold out, Insya-Allah akan datang akan cetak semula.
4) Kumpulan Artikel Gendang Silat (non fiksyen, kumpulan artikel, terbit pada pertengahan 2021) - tiada stok, sold out.
5) Steampunk Witchunter (akan datang, Insya-Allah pertengahan 2022 - jangan lupa dapatkannya ya).

Jadi, kawan-kawan jangan lupakan sambungan ke-3 ini ya. Juga doakan saya moga dipermudahkan urusan, Amin.

Kaver (cover) di bawah ini cuma anganan saya sahaja, buat semangat untuk saya menulis. 


berangan dulu, kata kawan saya, berangan itu percuma, kan?

No comments:

Post a Comment