Saturday, May 7, 2022

NOVEL TERBARU - 2022 - AKAN DATANG

 Kali ini saya menghidangkan sesuatu yang lain, lama sudah berfikir untuk menulis karya sebegini. Walaupun  begitu, saya mengambil pendekatan dan pendapat beberapa orang rakan yang menulis dalam genre sebegini. Memandangkan ia bukanlah suatu genre yang mendapat smabutan besar namun saya mahu mencuba. Akan tetapi, lebih ringan dan tidak terlalu berat kerana saya beranggapan pembaca di sini masih belum bersedia untuk yang lebih 'kental' dan 'likat'. 

Ia adalah karya sains fiksyen, gabungan sub genre steampunk dan pasca apokaliptik. Bunyinya seperti aneh, berat dan sukar untuk dihadam, namun hakikatnya saya garapkan dalam bentuk santai. 

Apapun, saya biarkan pembaca untuk menilai sendiri karya saya akan datang ini. Pra-tempah akan dibuka tak lama lagi. hanya menanti beberapa proses untuk siap sahaja. Tunggulah nanti ya, sokongan dari kalian pembaca amat diperlukan, terima kasih dan selamat hari raya aidil fitri 2022.


No comments:

Post a Comment